blog ini

ini blog lawak bodoh, tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup atau mati. segala watak dan cerita adalah ciptaan dan rekaan semata-mata. jika ada kena mengena dengan mereka yang mati pucuk atau mati putik serta buruk tampok, ianya adalah satu kebetulan yang tidak disengajakan - pemilik blog memohon maaf.

Radio Bergambar dan Berwarna-warni

Tuesday, November 30, 2010

Kak One Sokong!!



WZWH mahu DS Najib luluskan dengan cepat Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai yang WZWH bawa usul dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2009. TNB telah bersetuju untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya Projek hidroelektrik Sungai Tekai dibina. TNB telah menjalankan kajian terbaru projek ini pada tahun 2010.

Hah! Mende tunggu lagi? Angkatlah tangan tu, kita sokong usul ni. Hehehe! Tu yang korek punggung tu dan cium dan jatuh terlentang tu ke yang membawa usul nye? Habat amat ye? Hahaha!

Sunday, November 28, 2010

Radio Yang Ada Gambor


Selamat pagi, selamat tengahari, petang dan malam.

Kak One DJ anda yang cun dan mulut leser ni akan cuma terus membawakan gosip-sosip disekeliling kita. Tapi sementara itu, Kak one nak kabor ke dema semua bahawa Radio Buruk One Pati yang berwarna-warni ini juga sudah bergambor, hehehe!

Tak lama lagi kita akan letakkan gambor-gambor seleberiti kita de Jerantet neh, Terutamanya orang-orang politik kita ni lah yang sedang gila-gila dan geli-geli bahasa yang sekendelnya ada terdengar di merata-rata.

Aaaiiieeeeee! Tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh tentu orang tak mengata, ye ke dok? Hehe! Kerayannnnn!

Thursday, November 25, 2010

GOSIP-GOSIP KAK ONE


Ishh! orang kate ke Kak One ni handai amat mengata orang, tak lalu lah. Tapi ada juga lah tau sikit-sikit cerita tentang Kak Kaa (Kamilah,bukan Kak Key) dengan Abang Ba (Baba, bukan Abang Bu) tu, cuma malas je nak buat heboh-heboh. Sebab radio dah kurang bateri.

Memang selalu nampak dema berdua tu, selalu kalau malam, dulu-dulu lah ada kat Restoran Peladang tu. Dema berdua aja, adalah Kak One sesekali menyelit ditengah-tengah dema tu, hehehe!

AAiiiieeeeee!! Jangan beringor amat......nye maroh de orang karang. Ini gosip-sosip ni! Radio ni bukan takat FM je, tapi berwarna-warni, mengalahkan TV kaler ni!