blog ini

ini blog lawak bodoh, tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup atau mati. segala watak dan cerita adalah ciptaan dan rekaan semata-mata. jika ada kena mengena dengan mereka yang mati pucuk atau mati putik serta buruk tampok, ianya adalah satu kebetulan yang tidak disengajakan - pemilik blog memohon maaf.

Radio Bergambar dan Berwarna-warni

Sunday, October 13, 2013

TAHNIAH DATO SITI MENANG KETUA WANITA

Wanita penyokong setia UMNO Jerantut


Akhirnya dapatlah apa kehandak dihati dema tu. Wok Kelabu kalah dan Wok Hitam menang. Siti dapat jadi ketua Wanita yang akan  menjaga wanita-wanita bahagian Jerantut agar lebih bermoral. Boleh kah dan mampukah? Cakap pasal moral wanita ni, kak one rasa takut sikit sbb bagaimana mereka berdua tu nak jaga moral wanita-wanita kerana masalah dalam kain sendiri pun bersepah-sepah. Banyak kalau nak cakap, tapi kak one bukan nak tunjuk keaiban sesiapa, jadi cukuplah disitu saja.

Lepas ni wanita-wanita Jerantut kenalah berjaga-jaga sikit sebab Datin M akan sentiasa perati tingkah-laku mereka semua. Pandang-pandang, jeling-jeling.... hehehe... Lepas ni kalau kita dengan kisah cermin kereta kena pecah dan duit beribu hilang maka kita tahulah itu siapa....?

Yang penting sokongan kepada Ku Lan sebagai Ketua Bahagian mesti dikekalkan.

Saturday, October 5, 2013

AHLI PARLIMEN BUKAN MESTI KETUA BAHAGIAN...

Elok dah jadi Ahli Parlimen, 
tapi usah tamak sangat nak jadi Ketua Bahagian pulak.


Kak One nak mengabor ke dema semua terutamanya perwakilan. Kita ni kenalah bijak sikit terutamanya kita ni dalam zaman sains dan teknologi. Berita cepat tersebar dengan adanya internet. Facebook atau Muka Buku serta blog dan batu block menyebarkan berita dengan pantas. Kalau orang disana tuduh orang sini merasuah perwakilan makan dengan cepat juga orang sini mendapat maklumat bahawa orang sanalah sebenarnya yang merasuah perwakilan.

Dalam wanita entah berapa banyak kain pasang yang kita dapat. Yang kita kena ingat sangat-sangat ialah orang yang membuka keburukan orang lain sebenarnya adalah orang yang lebih buruk perangainya. Itu dibuat sebab nak menutup keburukkan yang mereka lakukan. Ingat perwakilan bodoh sangat ke? Ada juga yang datang dengan perwatakan seorang alim, tapi kita juga ingat kisah MB Kelantan yang naik haji dengan pakej yang sponsor bernilai RM65 ribu.

Jadi yang nampak alim tu belum tentu benar-benar alim. Mat Sabu sudah buat apa di Hotel Perdana Kota Bhahru dulu? Ostad Badrul PKR ditangkap berkhalwat dengan bini orang di sebuah hotel di Kuantan apa cerita? Jadi, yang nampak putih bukan semestinya benar-benar bersih.

Ketua Bahagian ni, apa pun kita kekalkanlah yang lama. Bukan apa, Kak Wan bimbang kita hanya dijadikan alat olrh orang atau kumpulan tertentu yang kerjanya hanya angkat dan jatuh....angkat lagi dan jatuh lagi. Sampai bila dema tu nak berpuas hati?

Timbalan Ketua Bahagian ni kenalah beri orang muda. Dato' Wan Amizan tu masih muda sedangkan Dr. Shukri pulak dah tua bangka. Seburuk-buruk Wan Amizan dia lebih baik dari Sukri kerana sangat pemudah dan suka menolong orang. Dia tidak kedekut harta benda dan tenaga menolong orang. Memang bukan semua apa yang diusahakannya berjaya. Tak semua apa yang dapat dibantu sebab dia bukannya Tuhan.

Yang penting dalam pemilihan kali ini adalah nombor 1 dan nombor 2. Nombor 1 dan nombor 2 ini mesti dikekalkan. Cik gu lan tidak usah terlalu tamakkan kuasa demi menjaga kroni dan langau kelilingnya. Sabaruddin Tukang Kasut tu jauhkanlah. Apa pasal pulak dia yang berhak mengagih-agihkan kontrek dalam Jerantut ni? Dulu dia juga yang jadi langai Ku Lan... bukan gitu ke?


Wednesday, October 2, 2013

ANTARA KU LAN DAN NAZAKLAN


 Antara 2 ni, pilihlan Ku Lan.....yang nampak manis sikit


Blog radio buruk kak one ni kira mashur juga lah, maklumlah radio pertama di dunia FM dan berwarna warni, tapi kak one terasa hati sangat lah ke wzwh tu pasai buat tak umpama ke kak one ni. wzwh menyebut blog-blog jerantut yg sokong ku lan tapi tak nye sebut langsung ke blog kak one ni. hina sangat rasa hati kak one ni bukan? Cuba baca disini weh.... wzwh

kak one pun sokong ku lan sangat juga bukan? sebab ku lan ni baik sangat orangnya. walaupun keturunan raja tetapi berjiwa rakyat sangat bukan? banyak kali kak one duduk dekat dengan dia dan mendengar kan idea2 dia untuk membangunkan jerantut.

dia mengangkat hj nazlan ke ketua penerangan walaupun akhirnya hj lan yang gelap pana hatinya dan langsung tidak mampu jalankan tugas penerangan. dia juga gagal memantau dan menentukan halatuju media so-sial ni. dia dengan sombongnya menganggap bahawa muka buka dan blog tidak penting sama sekali, dua kali dan tiga kali pun.

pada pendapatan kak one lah kan, antara ku lan dengan hj lan, tentu sangat layak ku lan tu jadi ketua bahagian, bukan pasai apa... hj lan masih baru dan perubahan kuasa biarlah berlaku dengan cara terbaik. tapi kabornya dia buat begitu sebab hasutan dari lelangau kelilingnya yang dah tak sabar mengutip harta rampasan perang. tak patut amat ye, kan?